Berita
Latif beri sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi, telah memberi sumbangan kewangan kepada Encik Sivasangkar Sivaperumal, 37 tahun.
Abd Latif berkata, rumah yang didiami Sivaperumal dan keluarganya itu musnah 80 peratus.
“Ketika kebakaran berlaku, tiada penghuni di rumah kerana mereka keluar bekerja dan bersekolah.
“Sumbangan kewangan telah diberikan. Bantuan asas yang lain akan diberi dalam masa terdekat.
“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa dan keluarga,” kata Abd Latif.
Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Baru Air Kuning, Encik Chin Kwee Hin.