BeritaMenarik

Stesen baharu kereta api Seremban Sentral bernilai RM170 juta bakal jadi nadi pembangunan Seremban

SEREMBAN: Stesen baharu kereta api Seremban Sentral bernilai kira-kira RM170 juta bakal siap dalam tempoh dua tahun.

Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook berkata, kabinet juga meluluskan projek naik taraf sembilan stesen di Lembah Kelang dengan kos RM110 juta.

“Rekaan stesen ini menggunakan kaca, reka bentuk moden dan mengambil kira pelepasan karbon sifar bersih (net-zero emissions).

“Pada waktu siang dapat menjimatkan elektrik kerana menggunakan cahaya matahari dan tenaga itu boleh dikitar semula.

“Seremban Sentral masih mengekalkan ‘facade’ (bahagian depan) stesen lama atas dasar memelihara nilai warisan dan sejarah yang terdapat di bangunan tersebut dengan kerja naik taraf dipantau Jabatan Warisan Negara.

“Apabila siap nanti, stesen ini akan dikelilingi dengan rumah mampu milik, pejabat, hotel, pusat komersial dan institusi pendidikan dengan nilai pembangunan kasar dianggarkan RM1.4 bilion yang mampu menjadi nadi kepada pembangunan bandar Seremban,” kata Loke.

Show More

Related Articles

Back to top button