Berita

MALEK: Pendidikan penting bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan keluarga

SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Abdul Malek Alias menyerahkan Bantuan Anak Sekolah kepada 48 pelajar sekolah dari keluarga yang kurang berkemampuan di DUN Senaling.

“Seramai 48 pelajar dari sembilan buah sekolah di DUN Senaling menerima bantuan wang tunai RM300 untuk Fasa 1 kali ini.

“Baki RM250 pula akan diserahkan pada bulan Oktober ini (Fasa 2).

“Pendidikan sangat penting untuk anak-anak bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan keluarga.

“Justeru, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan begitu prihatin tentang aspek pendidikan ini, maka telah memperkenalkan inisiatif Bantuan Anak Sekolah ini,” jelas Abdul Malek.

Abdul Malek berharap sumbangan ini dapat meringankan beban rakyat, khususnya golongan B40 yang sangat terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

“Kerajaan Negeri Sembilan akan berterusan membantu rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan ideologi politik.

“Tahniah kepada barisan kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di atas pelbagai inisiatif dan insentif yang ditawarkan kepada rakyat Negeri Sembilan,” ujar beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button