Berita

Sebuah lagi masjid baharu berjaya disiapkan

BUKIT KEPAYANG: Sebuah lagi masjid baharu di Negeri Sembilan berjaya disiapkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, masjid tersebut bertempat di Taman Bukit Kepayang.

“Ia mampu memuatkan 360 jemaah dalam satu-satu masa dan menelan belanja sebanyak RM3.79 juta.

“Tahniah juga diucapkan kepada pihak kontraktor iaitu Perintis Jingga Sdn Bhd yang berjaya menyiapkan projek ini awal daripada tarikh jangkaan.

“Dengan siapnya masjid ini, saya berharap ia mampu dijadikan magnet untuk menarik masyarakat Islam serta bukan Islam untuk mencari ilmu berkaitan Islam,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button