Berita
Mangsa hujan ribut terima sumbangan kewangan daripada Latif
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah memberikan sumbangan kewangan kepada seorang individu yang terjejas akibat hujan ribut di Kampung Air Kuning Selatan.
Abd Latif berkata, hujan ribut tempoh hari telah menyebabkan kerosakan di rumah individu tersebut.
“Dalam pada itu, saya turut memberikan sumbangan kewangan kepada seorang lagi mangsa hujan ribut di Felda Sungai Kelamah dan sebuah surau di situ.
“Sumbangan ini bagi membantu meringankan beban mangsa membaiki kerosakan yang dialami mereka,” kata Abd Latif.