Berita
Mangsa kebakaran dapat perhatian Nasarudin
CHEMBONG: Penyelaras DUN Chembong, Tuan Nasarudin Ibrahim, menziarahi mangsa kebakaran di perkampungan Orang Asli Bukit Chuai, Rembau.
Nasarudin berkata hampir keseluruhan rumah, peralatan rumah, pakaian, buku sekolah serta dokumen penting musnah akibat kebakaran.
“Sumbangan kewangan telah diberikan bagi meringankan beban mereka.
“Semoga semua mangsa kebakaran tabah dalam menghadapi dugaan ini,” kata Nasarudin.
Turut hadir, pengerusi MPKK Tanjung Sena, Encik Azizan.