Berita

Rafie sumbang RM1,300 kepada Surau Taman Dusun Setia

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek menyumbang RM1,300 kepada Surau Al Badru, Taman Dusun Setia, Ampangan.

Mohamad Rafie berkata, sumbangan kewangan diberikan bagi menampung perbelanjaan menguruskan urusan surau dan moreh.

“Saya juga turut menyerahkan lima kit pengurusan jenazah.

“Di samping itu setiap jemaah yang hadir, samada lelaki, wanita dan mahu pun kanak-kanak telah menerima sehelai sejadah setiap seorang sebagai cenderahati.

“Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan di malam Laylatul Qadar. Kita perlu memanfaatkan bulan yang istimewa ini,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button