BeritaProgram

Tempahan Nasi Arab bertambah, pelanggan lebih ramai

Hasil perniagaan seorang pengusaha restoren Nasi Arab semakin bertambah selepas beliau memanfaatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri menerusi Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS).

Puan Husna Azlan dari Senawang berkata, pada peringkat awal beliau hanya berniaga secara online dan fokus kepada penghantaran (delivery) sahaja.

“Menerusi bantuan TUNS saya dapat membeli dapur nasi yang lebih besar.

“Saya dapat menampung tempahan yang lebih banyak.

“Setelah membeli dapur baharu, saya dapat hasilkan kualiti makanan yang lebih baik.

“Pelanggan tetap saya (regular customer) juga semakin ramai yang datang beli secara berulang-ulang,” jelas Husna.

Husna mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang memperkenalkan inisiatif TUNS.

Show More

Related Articles

Back to top button