Berita

Mangsa kebakaran terima RM5,000 daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM5,000 kepada Encik Selvakumar Muthan.

Gunasekaren berkata, Encik Selvakumar merupakan seorang peniaga dan premis perniagaan beliau telah mengalami kebakaran.

“Oleh itu, sumbangan ini diberikan bagi membantu meringankan beban beliau untuk memulakan semula perniagaannya.

“Saya berharap beliau akan terus cekal dalam berniaga,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button