Menarik
Mangsa kemalangan terima sumbangan kerusi roda dari Ismail
LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah memberi sumbangan kerusi roda kepada Encik Mahdi Shariff di Kampung Pelegong.
Ismail berkata, Encik Mahdi terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga menyebabkan beliau patah lima tulang rusuk.
“Saya juga turut memberikan sumbangan perubatan dan barangan keperluan bagi mengurangkan beban beliau.
“Semoga segala urusan beliau dipermudahkan.
“Terima kasih kepada pengurusan MPKK yang sentiasa menjadi mata dan telinga kepada penduduk,” kata Ismail.
Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Pelegong, Encik Suhaimi Rusli dan Pengerusi MPKK Kampung Pasir Putih, Puan Norliza Yusoff.