Berita

Mangsa melecur dapat perhatian Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren menyantuni seorang mangsa yang melecur di muka dan kedua-dua tangan ketika membakar sampah.

“Saya menghulur sumbangan kewangan dan barangan keperluan dapur kepada Encik Miskam Omar dari Taman Seremban Jaya.

“Semoga sumbangan kewangan dan bantuan makanan ini dapat meringankan beban mereka,” kata Gunasekaren.

Menurut Gunasekaren, kejadian berlaku ketika Miskam membakar sampah dan berlaku letupan.

“Ini menyebabkan api menyambar muka, kaki serta tangan beliau.

“Punca letupan itu dipercayai disebabkan oleh sebuah botol minyak wangi yang ada dalam longgokan sampah.

“Syukur, kerana kejadian ini tidak meragut nyawa.

“Saya mendoakan supaya Encik Miskam segera sembuh,” ujar Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya, Puan Selvy.

Show More

Related Articles

Back to top button