Berita
Mangsa rompakan terima sumbangan kewangan dari Gunasegaren
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasegaren telah memberikan sumbangan kewangan kepada Encik Ravi Chandran Raman di Taman Sri Mawar.
Gunasegaren berkata, Encik Ravi Chandran telah dirompak dan ditikam dua kali hingga menyebabkan beliau menerima 16 jahitan diperut.
“Saya juga turut memberikan sumbangan barangan dapur kepada beliau.
“Semoga sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban beliau yang masih belum dapat bekerja.
“Saya berharap agar beliau cepat sembuh seperti sedia kala,” kata Gunasegaren.