Kolumnis

MARRIS: Prestasi Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan terus cemerlang

EDDY NOOR REDUAN: Prestasi Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan begitu membanggakan apabila perbelanjaan MARRIS Negeri Sembilan tahun 2020 adalah yang terbaik dalam negara.

Menduduki tempat pertama dengan prestasi melebihi 100 peratus kerana menggunakan rezab lama yang masih berbaki, demi memastikan seluruh jalan negeri dan jalan pihak berkuasa tempatan sentiasa berada dalam keadaan baik untuk kesejahteraan rakyat negeri.

Kita pernah selusuri selama beberapa tahun sebelumnya, Penyata Kewangan Negeri Sembilan telah ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana defisit Kumpulan Wang Pembangunan semakin meningkat.

Namun mulai tahun 2018, sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negeri; alhamdulillah Penyata Kewangan Negeri Sembilan telah mendapat Sijil Bersih tanpa teguran dan defisit Kumpulan Wang Pembangunan telah berjaya dikurangkan.

Negeri Sembilan Update (NSU) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan Kerajaan Negeri dan seluruh jentera pentadbiran yang terlibat dalam usaha kecemerlangan ini.

Edy Noor Reduan
Setiausaha NSU
9 September 2021

Show More

Related Articles

Back to top button