Kolumnis

Enam buah masjid baharu bukti syiar Islam terus diperkasa

Enam buah masjid baharu yang telah siap dibina di Negeri Sembilan menjadi bukti bahawa syiar Islam di negeri ini semakin terus diperkasa.

Tahun lepas sebanyak lima buah masjid baharu telah dibina iaitu Masjid Nilai, Masjid Bahau, Masjid Rembau, Masjid Forest Height dan Masjid Seremban Selatan. Sebanyak RM30.21 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan kelima-lima masjid tersebut.

Tempoh hari, kita dapat lihat bahawa Masjid Kerangai menjadi masjid keenam yang telah siap dibina dengan peruntukan sebanyak RM2.8 juta.

Pembinaan masjid-masjid ini sepatutnya menjadi salah satu isyarat kepada orang ramai bahawa syiar Islam di Negeri Sembilan semakin berkembang dan tidak terhalang sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak apabila Kerajaan Perpaduan terbentuk.

Tambahan pula, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau akan meneruskan program Ihya’ Ramadhan sebagaimana yang dilakukan beliau pada tahun sebelum ini.

Menjelang 10 malam terakhir pula, beliau akan turun ke masjid sekitar Negeri Sembilan untuk berqiamullail di masjid tersebut.

Pemimpin sebegini yang seharusnya kita jadikan contoh. Biarpun sering difitnah apabila bekerjasama dengan DAP, maka Islam akan terhapus, tetapi sebaliknya beliau menunjukkan bahawa syiar Islam tetap berkembang dengan jayanya.

Show More

Related Articles

Back to top button