BeritaMenarik

Rangka pelan strategik bagi memastikan kejayaan di SUKMA

SEREMBAN: Persatuan sukan di Negeri Sembilan yang akan terlibat dengan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak pada tahun ini, diminta menyediakan pelan strategik bagi memastikan kejayaan kontingen Negeri Sembilan dalam temasya sukan tersebut.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mustapha Nagoor berkata, setiap pengurus pasukan perlu merangka pelan strategik serta jadual latihan yang efisien dalam memastikan atlet-atlet kita kekal cergas.

“Pelan strategik dan jadual latihan yang efisyen mampu melahirkan atlet yang cemerlang dan berupaya mencipta kejayaan,” ujarnya.

Mustapha berkata demikian di Mesyuarat Persiapan SUKMA Ke-21 Bersama Pengurus Pasukan di Seremban.

Menurut beliau, mesyuarat ini bertujuan untuk merancang persiapan bagi penyertaan kontinjen Negeri Sembilan dalam acara sukan yang berprestij kali ini.

SUKMA Ke-21 dijadualkan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Show More

Related Articles

Back to top button