BeritaMenarik

Permohonan sewa kiosk di Jempol kini telah dibuka

JEMPOL: Permohonan untuk menyewa kiosk dan menjalankan perniagaan di Jempol kini telah dibuka.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar berkata, kadar sewa setiap lot kiosk ialah RM150.

“Kekosongan yang ditawarkan ialah di Kiosk Medan Terbuka Bandar Seri Jempol (lapan lot), Kiosk Medan Selera Penarikan (tujuh lot) dan Kiosk Taman Serting Jaya (tujuh lot).

“Keutamaan diberi kepada penduduk yang bermastautin di daerah Jempol.

“Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Mac 2024 (Jumaat),” kata Arul Kumar.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sewaan Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) melalui talian 06-4581 233.

Show More

Related Articles

Back to top button