Berita
Masalah banjir di Pekan Air Kuning akan diatasi segera
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah turun padang bagi meninjau punca banjir di Pekan Air Kuning.
Rusli berkata, beliau akan berbincang bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.
“Banjir tersebut turut melanda kampung lain seperti Pekan Linggi, Permatang Pasir dan Kampung Tampin Linggi.
“Insya Allah permasalahan ini akan diselesaikan dalam masa terdekat,” kata Rusli.