Berita
Masalah gangguan bekalan air di Port Dickson sedang ditangani
LINGGI: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah mengadakan satu lawatan kerja ke Loji Rawatan Air (LRA) Linggi bagi melihat tapak cadangan penambahbaikan yang diumumkan baru-baru ini.
“Baru-baru ini saya telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi menambah menangani gangguan bekalan air di Port Dickson.
“Justeru, saya telah diberikan taklimat berkenaan cabaran yang dihadapi oleh LRA Linggi dalam membekalkan air yang mencukupi buat pelanggan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).
“Insyah Allah, semoga langkah-langkah yang diambil ini dapat memberikan penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah tersebut,” kata beliau.
Foto: Nabil Syafiq