Berita
Nasir beri subsidi RM1,000 pembelian ayam segar
BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah memperuntukkan subsidi RM1,000 bagi penjualan 200 ekor ayam di Tapak Pasar Tani Batu 4.
Nasir berkata, setiap seorang diberi subsidi RM5 bagi pembelian seekor ayam segar.
“Sambutan amat menggalakkan daripada penduduk setempat.
“Masing-masing menggunakan peluang untuk mendapatkan keperluan ayam segar.
“Terima kasih kepada pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pihak yang terlibat,” kata Nasir.