Berita

Nasir beri sumbangan RM1,200 kepada pesakit kanser ovari

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah memberi sumbangan kewangan berjumlah RM1,200 kepada Cik Anis Farhanah yang menghidapi kanser ovari tahap keempat.

Nasir berkata, Anis merupakan pelajar Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) dan baru tamat pengajian.

“Pihak YNS telah mengambil keputusan untuk melupuskan pinjaman Cik Anis yang berjumlah RM4,900.

“Semoga sumbangan yang saya beri dan lupusnya pinjaman YNS dapat meringankan beban beliau,” kata Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button