Berita
Nasir dan MPKK peka dengan keperluan warga setempat
BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman sentiasa peka dengan permasalahan dan keperluan penduduk setempat.
Justeru, beliau mengadakan mesyuarat berkala bersama pengerusi-pengerusi MPKK di dalam DUN Bagan Pinang.
“Perbincangan berkala bagi memastikan beberapa permasalahan berbangkit dapat diselesaikan sebelum hujung tahun ini.
“Antara isu yang banyak dibincangkan adalah isu gangguan haiwan liar dan masalah perparitan di sekitar kawasan DUN Bagan Pinang,” jelas Nasir.