Berita
Nasir prihatin keselamatan penduduk Kampung Bagan Pinang
BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah memasang perangkap monyet liar di Kampung Bagan Pinang.
Nasir berkata, penduduk yang lalu di kawasan tersebut sering diganggu monyet liar.
“Keadaan ini mewujudkan kerisauan di kalangan para penduduk khususnya yang mempunyai anak kecil.
“Apabila monyet-monyet ini ditangkap, kami akan serahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan susulan,” kata Nasir.