Berita

Negeri Sembilan belanja RM10 juta bina Rumah Harapan Rakyat

SEREMBAN: Rumah Harapan Rakyat (RHR) merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk membantu golongan berpendatan rendah untuk mempunyai rumah sendiri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pembiayaan pembinaan RHR adalah RM78,000 seunit dan pemohon hanya perlu membuat bayaran balik sebanyak RM60,000 selama 30 tahun dengan amaun serendah RM200 sebulan.

“Sebanyak 120 buah rumah masih dalam proses pembinaan dan dibahagikan kepada dua fasa.

“Fasa satu 60 buah rumah, dan fasa dua 60 buah rumah.

“Sebanyak RM10 juta dibelanjakan bagi membina Rumah Harapan Rakyat ini,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button