Berita

Negeri Sembilan catat nilai pelaburan RM5.8 bilion: Aminuddin

Nilai pelaburan RM7.93 bilion pada tahun 2020 dan RM5.8 bilion pada 2021

SEREMBAN: Menteri Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Invest NS telah berjaya membuahkan hasil dengan membawa masuk pelabur luar dan dalam negara untuk melabur di Negeri Sembilan.

“Negeri Sembilan berjaya mencatatkan nilai pelaburan sebanyak RM7.93 bilion pada tahun 2020 dan RM5.8 bilion pada tahun 2021.

“Mewakili Kerajaan Negeri Sembilan, terima kasih kepada semua pelabur kerana memilih Negeri Sembilan sebagai destinasi pelaburan.

“Semoga hubungan Kerajaan Negeri dan para pelabur terus kukuh dan mewujudkan iklim terbaik bagi para pelabur baru dan lama,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Invest NS.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button