BeritaProgram

Negeri Sembilan keluar kad dan sijil nikah dalam sehari

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah membuat beberapa perubahan dan pembaharuan dalam sistem perkhidmatannya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, bermula tahun 2020, JHEAINS telah mula mengeluarkan dokumen rasmi dalam tempoh sehari berkerja.

“Antara yang telah dilaksanakan ialah pengeluaran kad dan sijil nikah seusai majlis akad yang dijalankan di pejabat-pejabat Agama, pengeluaran surat perakuan pendaftaran sekolah seusai memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan juga pengeluaran kad dan sijil tauliah penyembelih,” katanya.

Aminuddin berkata dari aspek pengurusan pendidikan pula, JHEAINS telah membangun dan melaksanakan program peningkatan profesionalisme guru KAFA, JHEAINS dengan kerjasama Institut Perguruan Raja Malewar melalui modul Profesional Islamic Teacher Assesment (PiTAS).

“Dari aspek pengurusan pula, JHEAINS telah membangunkan Standard Kualiti Pendidikan Islam Negeri Sembilan (SKPiNS)

“Sesuai dengan revolusi Industri 4.0, JHEAINS juga telah memperkenalkan konsep pendidikan maya yang dikenali dengan JHEAINS Islamic Virtual School (JiVS) menggunakan kaedah Google Classroom.

“Modul pembelajaran pertama yang telah dijalankan adalah kelas Pengajian Al-Quran selama tiga bulan,” kata beliau.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Ustaz Suhaimi Kassim di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan pada Rabu.

Suhaimi bertanya apa perubahan dan pembaharuan yang berjaya dilakukan oleh JHEAINS.

 

Show More

Related Articles

Back to top button