BeritaMenarikProgram

Negeri Sembilan perkenal beras Perpatih

NILAI: Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan jenama beras sendiri yang dikenali sebagai ‘Perpatih’ bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini.

EXCO (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, Dato’ Seri Jalaluddin Alias melancarkan beras ‘Perpatih’ sempena NS Fest di Dataran Nilai.

“Sebenarnya apabila kita bercakap soal beras ini, ianya lebih kepada bidang kuasa Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Akan tetapi, sebagai Exco yang bertanggungjawab terhadap soal keterjaminan makanan rakyat ini, takkan lah saya hendak berpeluk tubuh, berdiam diri sambil menunggu masalah ini diselesaikan oleh Kerajaan Pusat.

“Bagi menunjukkan Kerajaan Negeri serius dalam membangunkan industro padi ini, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk melancarkan beras jenama sendiri yang dapat menonjolkan identiti Negeri Sembilan.

“Beras Perpatih ini akan mula kita jual melalui Jualan Negeri Sembilan Prihatin di seluruh Negeri Sembilan mengikut jadual yang telah ditetapkan,” jelas Jalaluddin yang juga ADUN Pertang.

Jalaluddin berkata, untuk jangka masa panjang, selepas masalah penawaran dan permintaan beras ini stabil, Beras Perpatih ini akan mula dipasarkan di kedai-kedai di dalam Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button