Berita

Jangan jadikan tiang elektrik di PD pintu gerbang hijau

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa jangan jadikan tiang-tiang elektrik di Port Dickson dipenuhi daun dan pokok menjalar sehingga menjadi tiang elektrik seperti pintu gerbang hijau.

Aminuddin yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ini kerana kita tidak mahu pemandangan juga keselamatan pelancong yang datang ke PD rasa terganggu dengan keadaan tersebut.

“Sabtu lepas saya telah bermesyuarat bersama semua ketua dan pengarah agensi di PD berkaitan perkara.

“Saya telah beritahu kepada mereka supaya jalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga keselesaan dan keceriaan di situ.

“Kita tidak mahu orang awam yang membuat laporan terdapat semak-samun, tiang elektrik senget dan pokok yang berbahaya.

“Anda diberi jawatan itu, ia adalah tanggungjawab anda untuk menjalankannya.

“Kita juga telah berikan peruntukan kepada konsesi yang terlibat, tapi kerja tidak dijalankan.

“Jangan sampai saya terus berurusan dengan pengarah di peringkat persekutuan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button