BeritaMenarik

Isu banjir di Labu akan diatasi segera

LABU: Masalah banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan di Kampung Labu Hilir, Kampung Pulau dan Taman Bakti YNS, akan diatasi segera.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar berkata, masalah banjir di Kampung Labu Hilir berpunca daripada ‘culvert’ yang kecil menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan cepat dan menyebabkan banjir.

“Pihak KTMB yang sedang melaksanakan projek menaik taraf landasan keretapi bersetuju untuk menggantikan single culvert 6 meter x 3 meter yang lebih besar di kawasan tersebut.

“Bagi masalah banjir di laluan kenderaan bawah landasan keretapi yang digunakan oleh penduduk kampung sejak lama, pihak KTMB bersetuju untuk membersihkan laluan air dan akan memasang ‘culvert’ untuk mengalirkan air tempat lain.

“Kerja ini akan dilaksanakan semasa kerja-kerja menaik taraf landasan arah utara dimulakan.

“Bagi kes air limpahan dari Taman Bakti YNS ke kawasan perumahan sebelah, pihak pemaju bersetuju untuk menutup satu kolam takungan sementera yang terletak bersebelahan kawasan perumahan dalam tempoh masa sebulan dan mengalirkan air ke kolam takungan kekal,” jelas Arul Kumar.

Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Ybhg Encik Nor Azman Mohamad.

Show More

Related Articles

Back to top button