Berita

Imej MAINS rosak, penerima zakat tanggung kerugian

SEREMBAN: Imej Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang rosak akibat sesetengah pihak menuduh berlaku penyelewangan wang zakat hanya akan merugikan penerima zakat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kita dapat lihat bahawa bayaran zakat di Negeri Sembilan meningkat saban tahun.

“Hal ini disebabkan kepercayaan pembayar zakat kepada MAINS yang akhirnya memberi pulangan semula kepada masyarakat Islam yang memerlukan di negeri ini.

“Tetapi apabila perkara ini berlaku ia sedikit sebanyak menjejaskan imej MAINS.

“Walaupun begitu, sebagai orang Islam kita perlu melaporkan jika terdapat sebarang perkara yang tidak baik berlaku.

“Pihak MAINS juga amat mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

“Oleh hal yang demikian, saya berharap agar semua pimpinan di Negeri Sembilan sama ada kerajaan mahupun pembangkang dapat memastikan bahawa MAINS merupakan salah satu cara untuk kita membantu masyarakat Islam di negeri ini,” kata Aminuddin di Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada Khamis.

Show More

Related Articles

Back to top button