BeritaMenarikProgram

Pelabuhan di Port Dickson mampu tarik pelabur

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, YB Loke Siew Fook yang juga merupakan Menteri Pengangkutan berkata, Kementerian Pengangkutan telah menerima satu kertas cadangan daripada sebuah syarikat swasta untuk membina sebuah pelabuhan kecil di Port Dickson.

“Saya mengalu-alukan cadangan tersebut. Saya minta syarikat tersebut dapatkan sokongan daripada Kerajaan Negeri.

“Jika Kerajaan Negeri beri sokongan, Kementerian Pengangkutan boleh merealisasikan projek ini.

“Sekiranya pembinaan pelabuhan ini direalisasikan, ia dapat menarik pelaburan atau syarikat industri membina kilang di Port Dickson,” kata Loke.

Loke berkata demikian dalam sesi perbahasan di Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada Selasa.

Menurut Loke lagi, projek ini tertakluk kepada kajian fizikal termasuk EIA.

Sementara itu Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri secara dasar menyokong cadangan pembinaan pelabuhan Port Dickson.

“Saya akan minta UPEN membuat kajian,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button