BeritaMenarikProgram

Jalan baharu bakal atasi kesesakan Taman Tuanku Jaafar ke Senawang

SEREMBAN: Kerajaan Negeri sedang melaksanakan projek jalan alternatif bagi menghubungkan penduduk Taman Tuanku Jaafar ke Senawang melalui projek membina jalan baharu dari Kem Senawang ke Taman Bandar Senawang.

ADUN Sikamat, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, projek ini sekarang dalam fasa pelaksanaan pengambilan balik tanah.

“Projek ini dijangka akan ditender pada bulan September 2024 sebaik sahaja pengambilan tanah selesai sepenuhnya,” kata Aminuddin di Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada Rabu.

Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri khususnya melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) berpandangan bahawa kesesakan di lokasi tersebut tidak begitu kritikal dan tidak melibatkan isu keselamatan atau menjadi punca kemalangan jika dibandingkan dengan beberapa lokasi sesak lain di dalam Daerah Seremban.

“Namun demikian pemantauan lalu lintas secara berkala sering dilakukan bagi meneglakkan kesesakan luar biasa dari berlaku.

“Bagi isu yang sama, JKR Negeri Sembilan akan mengangkat permohonan Kajian Trafik ke Bahagian Kejuruteraan Trafik, Cawangan Jalan, JKR Malaysia di beberapa persimpangan yang melibatkan Jalan Persekutuan FT001 untuk mendapatkan cadangan serta kaedah penyelesaian terbaik isu kesesakan di kawasan tersebut,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan ADUN Paroi, YB Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PN).

Show More

Related Articles

Back to top button