Pelajar sekolah Negeri Sembilan bakal terima 3,600 tablet percuma
Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memperuntukkan RM2 juta untuk bantuan tablet percuma
SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memperuntukkan RM2 juta untuk memberi bantuan tablet (peranti) percuma kepada 3,600 pelajar sekolah dari keluarga kurang berkemampuan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pemberian tablet percuma adalah bagi membolehkan pelajar terutamanya dari kawasan luar bandar dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih baik.
“Kerajaan Negeri merancang untuk menyerahkan sejumlah 3,600 tablet kepada pelajar berkenaan.
“Setiap DUN bakal menerima 100 tablet untuk disalurkan kepada pelajar yang dikenalpasti.
“Adalah diharapkan inisiatif ini dapat memastikan aspek pendidikan anak-anak dari keluarga yang susah dan di luar bandar terjamin.
Menurut Aminuddin, memandangkan sekolah tidak dibuka sepanjang tempoh PKP, Kerajaan Negeri akan menggunakan dana daripada Tabung Amanah Penyelenggaraan Sekolah dan Tabung Bina Insan bagi pembelian tablet tersebut untuk pelajar yang benar-benar memerlukannya.
Foto: Nabil Syafiq