Berita

Aminuddin umum pengecualian bayaran sewa gerai PBT

Seramai 4,165 peniaga dapat manfaat dengan insentif ini

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan pengecualian bayaran sewa gerai di bawah Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sedia maklum bahawa peniaga kecil amat terkesan dengan pelaksanaan PKP.

“Sehubungan itu Kerajaan Negeri memberikan pengecualian bayaran sewa gerai di semua PBT bagi bulan Januari dan Februari ini untuk meringankan beban yang ditanggung para peniaga.

“Seramai 4,165 peniaga bakal mendapat manfaat daripada pelaksanaan insentif ini,” katanya.

Kerajaan Negeri tidak setuju peningkatan amaun kompaun individu

Sementara itu Aminuddin turut mengulas; Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan cadangan untuk meningkatkan amaun kompaun yang dikenakan kepada individu yang melanggar SOP yang ditetapkan.

“Amaun RM1,000 adalah satu nilai yang amat besar terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19 ini.

“Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri bersetuju menaikkan jumlah kompaun bagi syarikat-syarikat yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button