Peluang kedua untuk pemohon TUNS betulkan permohonan sehingga 20 Mei 2021
Sebanyak 1,644 daripada 2,034 permohonan TUNS tidak layak dipertimbangkan kerana dokumen tidak lengkap dan tidak jelas
Status Permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) 2021
1. TUNS 2021 yang telah dibuka pada 9 Feb 2021 dan ditutup pada 15 Mac 2021 telah menerima sebanyak 2,034 permohonan manakala 1,483 pemohon telah mendaftar tetapi tidak menghantar permohonan.
2. Namun daripada 2,034 permohonan yang telah diterima, hanya 390 permohonan sahaja yang layak dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan yang bersidang pada 26 April 2021.
3. Mesyuarat yang bersidang pada 26 April 2021 telah meluluskan 372 permohonan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM939,899.30; manakala sebanyak 18 permohonan terpaksa ditolak kerana tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan. PKNNS akan memaklumkan kepada pemohon yang berjaya.
4. Mesyuarat yang bersidang dimaklumkan baki 1,644 daripada 2,034 permohonan TUNS tidak layak dipertimbangkan kerana diantara faktor-faktor berikut:
i. Dokumen tidak disahkan atau pengesahan dibuat oleh individu yang tidak berkelayakan untuk membuat pengesahan.
ii. Dokumen tidak lengkap atau tidak jelas seperti:
a. Salinan Kad Pengenalan
b. Dokumen pendaftaran perniagaan SSM
c. Penyata akaun enam (6) bulan
d. Geran tanah/surat kebenaran usaha tanah dari pemilik tanah (sektor pertanian & penternakan)
e. Surat kebenaran rakan kongsi
f. Gambar perniagaan
g. Borang Pengesahan Menjalankan Perniagaan
iii. Borang Pengesahan Menjalankan Perniagaan disahkan oleh individu selain ADUN atau Penyelaras DUN.
iv. Pemohon bukan dikalangan anak Negeri Sembilan, bukan pengundi Negeri Sembilan atau tidak memdaftar sebagai pemilih dengan SPR.
v. Tempoh pendaftaran perniagaan SSM kurang enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan.
vi. Penyata kewangan melebihi RM100,000.
vii. Pernah menerima TUNS; dan
viii. Permohonan dari jenis yang tidak layak memohon.
5. Mesyuarat memutuskan untuk permohonan yang tidak layak dibentangkan disebabkan oleh perkara i, ii dan iii diberi peluang untuk memperbetulkan permohonan mereka sehingga 20 Mei 2021.
Diharapkan mereka dibawah kategori ini segera untuk menghubungi PKNNS dan memperbetulkan permohonan mereka. Jika masih gagal berbuat demikian, maka permohonan tersebut dianggap terbatal.
6. Namun permohonan yang tidak layak dibentangkan disebabkan perkara iv, v, vi, vii dan viii tidak layak untuk membuat sebarang pindaan dan permohonan mereka adalah ditolak.
7. Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan untuk membantu usahawan mikro yang diwujudkan sebaik sahaja Kerajaan PH mentadbir Negeri Sembilan.
8. Peruntukan geran sehingga RM3,000 diberi kepada usahawan yang diluluskan permohonan mereka dan mereka tidak perlu membayar balik kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.
YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek,
Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan,
ADUN Ampangan.