Penambahan kouta BUDI95 adalah tidak benar: MOF

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa tambahan subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah tidak benar dan tidak berasas.
Walapun begitu, MOF menyatakan fungsi tersebut wujud pada awal pelaksanaan inisiatif tersebut, namun ia bukan bertujuan untuk permohonan tambahan atas keperluan peribadi.
Sebaliknya bagi kes tertentu dengan keperluan operasi yang jelas dan disahkan seperti pemandu e-hailing dan pemilik bot, tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan.
Sebaliknya, fungsi tambahan dalam portal BUDI95 telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak sebagai ruang untuk memohon peningkatan had kelayakan secara bebas.
Susulan itu, butang permohonan ini telah dinyahfungsikan.
Oleh hal yang demikian, had kelayakan BUDI95 adalah kekal sebanyak 200 liter sebulan bagi memastikan subsidi yang disasarkan kepada majoriti rakyat serta bekalan kekal stabil.
Langkah sementara ini diambil berikutan tekanan pasaran tenaga global yang berterusan, yang meningkatkan kos subsidi dan memerlukan pengurusan lebih berhemah.
Kerajaan akan terus melindungi rakyat, memperkukuh penguatkuasaan bagi membendung ketirisan, serta memantau rapi pasaran tenaga global dan bersedia membuat penyesuaian sewajarnya.



