Pendaftaran murid Tahun 1 2027 bermula 15 Februari ini

SEREMBAN: Pendaftaran bagi kemasukan murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 akan bermula pada 15 Februari ini sehingga 31 Mac 2026.
Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa pendaftaran bagi sesi kemasukan ini akan dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) di https://idme.moe.gov.my.
Pendaftaran tersebut adalah terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia kohort enam tahun (5+) dan tujuh (6+).
Ia selaras dengan keputusan Kerajaan untuk membuka peluang kepada kanak-kanak berusia enam tahun (5+) memasuki Tahun 1 bermula pada 2027 secara sukarela dan tanpa perlu menduduki ujian saringan.
Ini merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan kemasukkan kanak-kanak berusia enam tahun (5+) ke Tahun 1 adalah langkah progresif Kerajaan MADANI untuk membantu perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak sertra pada sama memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan.




