
Kepada belia Malaysia, peluang baik sudah tiba. Mahu daftar persatuan belia atau mahu kemas kini perlembagaan? Sekarang semuanya percuma.
Yuran pendaftaran (RM30) dan pindaan perlembagaan (RM10) dikecualikan sepenuhnya sehingga 31 Disember 2027.
Inilah masa paling sesuai untuk hidupkan semula persatuan lama atau tubuhkan yang baharu.
Bila persatuan tersusun dan aktif, lagi banyak peluang program, jaringan dan manfaat untuk belia.
Ayuh, gerak sama-sama, kita kuatkan suara dan potensi belia di Malaysia.



