Berita

Penyelaras DUN, MPKK dan jabatan kerajaan cari formula terbaik selesai permasalahan

GEMENCHEH: Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh telah mengadakan mesyuarat pengurusan MPKK DUN Gemencheh bersama jabatan-jabatan kerajaan Daerah Tampin di Balai Raya Kampung Tengah.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abdul Latif A.Tambi berkata, mesyuarat yang dirancang empat bulan sekali ini diadakan untuk membincangkan isu-isu di dalam DUN Gemencheh yang memerlukan perhatian dan tindakan segera daripada pihak Penyelaras DUN dan jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat.

“Selain itu, mesyuarat juga mendengar permasalahan dari Pengeusi MPKK masing-masing.

“Semoga segala perancangan yang diusahakan akan dipermudahkan dan segala permasalahan dapat diselesaikan demi kebaikan penduduk DUN Gemencheh,” kata Abd Latif.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas, Puan Suriani Salihin; Ketua Unit Pembangunan Fizikal Pejabat Daerah Tampin, Puan Norliana Abdul Aziz; Wakil Majlis Daerah Tampin, Encik Othman Manhart; Penghulu Mukim Air Kuning, Encik Fareez; Ketua Balai Polis Gemencheh, SM Asmadi; Pegawai Jabatan Alam Sekitar Kuala Pilah, Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran Tampin, Pegawai Pejabat Agama Daerah Tampin dan Pegawai Jabatan Pertanian Daerah Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button