Berita
Permasalahan penduduk Kampung Sungai Gadut akan ditangani segera
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren dan ADUN Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani telah mengadakan satu perjumpaan dengan penduduk Kampung Sungai Gadut.
Gunasekeren berkata, tujuan perjumpaan ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut berhubung masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat.
“Antara masalah yang telah dibangkitkan adalah masalah bonggol jalan, pili bomba dan penduduk memohon perkhidmatan wifi yang laju dan lancar.
“Saya dan YB Mohamad Taufek akan membawa permasalahan ini kepada pihak yang berkaitan untuk diatasi dengan seberapa segera.
“Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dalam perjumpaan ini kerana sudi mendengar keluhan penduduk,” kata Gunasekaren.