Berita
Persatuan Penganut Dewa Seremban Jaya terima sumbangan RM1,000 daripada Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 kepada Persatuan Penganut Dewa Tuah Pek Gong Taman Seremban Jaya.
Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu persatuan menjalankan aktiviti keagamaan mereka.
“Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban mereka untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang,” kata Gunasekaren.