Berita
Persatuan Peniaga Kecil Port Dickson terima RM1,000 dari Nasir
BAGAN PINANG: Persatuan Peniaga dan Usahawan Kecil Negeri Sembilan, Cawangan Port Dickson menerima sumbangan RM1,000 daripada Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman.
“Sumbangan ini merupakan sokongan kepada mereka untuk terus mengadakan aktiviti kemasyarakatan, walaupun mereka merupakan entiti perniagaan,” kata Nasir.
Sumbangan diserahkan selepas selesai membuat agihan bubur lambuk kepada pengunjung Bazar Ramadhan Batu 4, Port Dickson
yang dianjurkan oleh persatuan tersebut.
Turut membantu adalah jawatankuasa MPKK Kampung Si Rusa dan Pemuda AMANAH Port Dickson.