Berita

Peruntukan 351 juta bagi pembangunan hal ehwal Islam Negeri Sembilan

SEREMBAN: Sejak mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada 9 Mei 2018, setakat ini sebanyak RM351,000,000 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi pembangunan hal ehwal Islam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menegakkan syiar Islam di negeri ini.

“Antara bukti komitmen tersebut adalah peruntukan pembangunan bagi hal ehwal Islam meningkat dari tahun ke tahun.

“Berikut butiran peningkatan peruntukan bagi pembangunan hal ehwal Islam sejak tahun 2018 hingga tahun 2022:

Tahun 2018 – RM57 juta.

Tahun 2019 – RM68 juta.

Tahun 2020 – RM70 juta.

Tahun 2021 – RM74 juta.

Tahun 2022 – RM82 juta.

“Insya Allah, peruntukan ini akan digunakan sebaik mungkin bagi memastikan syiar Islam terus bersinar dengan terang di bumi Negeri Sembilan,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button