Berita

Peruntukan TABAH RM4.6 juta, pembangunan belia diberi fokus

EKSKLUSIF: Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM4.6 juta sejak Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) ditubuhkan pada tahun 2019.

“Kita bermula dengan bajet yang sangat sederhana pada tahun 2019 dengan RM100,000.

“Maknanya satu jumlah yang agak kecil berbanding dengan jumlah belia yang ramai di Negeri Sembilan iaitu hampir 500,000 orang.

“Apabila kita mengorak langkah pada peringkat awal, memang cabaran yang agak getir kerana dengan bajet yang agak kecil itu kita tidak dapat menggagaskan suatu perkara yang besar.

“Kita hanya fokus kepada program yang melibatkan skala yang kecil, seperti program turun padang bersama NGO belia,” ujar Mohamad Taufek. 

Mohamad Taufek berkata, pada tahun 2020 dan 2021, TABAH berjaya meyakinkan kerajaan negeri untuk menambah bajet Tabah kepada RM500,000.

“Kita susun pelbagai aktiviti dengan jumlah RM500,000 itu; kita berjaya meyakinkan Kerajaan Negeri dan Alhamdulillah peruntukan TABAH telah dinaikkan pada tahun 2022 sebanyak RM2 juta.

“Ini satu pencapaian yang membanggakan kita kerana peruntukan diberi atas track record kita.

“Tahun ini peruntukan TABAH ialah RM1.5 juta. Sepatutnya kekal RM2 juta tetapi peruntukan RM1.5 juta itu mengambil kira sehingga tempoh Pilihan Raya Negeri yang dijangka akan diadakan pada bulan Julai ini,” jelas Mohamad Taufek.

Show More

Related Articles

Back to top button