Berita
Pesakit strok terima katil boleh laras daripada Rahman
SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abd Rahman Ramli telah memberikan sumbangan katil boleh laras kepada Encik Md Din Abd Rahman di Felda Raja Alias 4.
Abd Rahman berkata, Encik Md Din mengidap strok dan menyebabkan anggota badan sebelah kiri beliau lumpuh.
“Beliau kini hanya terlantar di atas katil sahaja.
“Oleh sebab itu, sumbangan ini diberikan bagi membantu memudahkan urusan beliau,” kata Abd Rahman.