Berita
PH GEM anjur kursus jahitan langsir
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menghadiri jemputan dan merasmikan Program Jahitan Langsir di Balai Raya Kampung Tengah.
“Para peserta telah mendapat manfaat mempelajari kursus jahitan langsir dan mereka berpeluang menjana pendapatan sampingan jika dimanfaatkan ilmu yang dipelajari dalam program ini.
“Sijil penyertaan turut disampaikan kepada 30 peserta program,” kata Gunasekaren.
Program ini anjuran Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh dan Power House Wanita Gemilang (PH GEM) di bawah pimpinan Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Puan Nicole Tan Lee Koon.