Berita

Pilah Gateway pusat komersial terbaharu di Kuala Pilah

KUALA PILAH: Pilah Gateway merupakan sebuah pusat komersial terbaharu yang dapat meningkatkan ekonomi dan pembangunan di daerah Kuala Pilah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Syarikat Bidara Kukuh Sdn Bhd yang diterajui oleh Encik Tan Jiang Nam, telah membelanjakan sebanyak RM5 juta bagi membangunkan Pilah Gateway di Pekan Kuala Pilah.

“Ini secara langsung, meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap prospek yang dimiliki di daerah Kuala Pilah.

“Seperti contoh yang telah beroperasi sekarang adalah Restoran Starbucks, US Pizza, The Chicken Rice Shop dan kedai peralatan sukan terkemuka Al-Ikhsan.

“Dalam masa terdekat difahamkan francais makanan segera A&W dan kedai serbaneka C2U akan mula beroperasi di Pilah Gateway.

“Saya percaya, banyak lagi kedai-kedai baharu lain yang akan beroperasi di Pilah Gateway ini,” kata Aminuddin di Majlis Perasmian Pilah Gateway pada Isnin.

Aminuddin berkata, usaha ini dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda dan penduduk setempat dalam masa yang sama membolehkan masyarakat tempatan untuk menikmati kemudahan seperti yang terdapat di bandar-bandar besar.

“Terima kasih diucapkan kepada Syarikat Bidara Kukuh Sdn Bhd kerana seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf hidup dan pembangunan di Negeri Sembilan khususnya di daerah Kuala Pilah dan saya harap banyak lagi syarikat yang akan mengikut jejak langkah anak tempatan Kuala Pilah seperti Encik Tan Jiang Nam ini dalam melabur untuk membangunkan Kuala Pilah,” ujar Aminuddin lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button