Berita

Prestasi GLC lebih baik di bawah Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Prestasi kewangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lebih baik selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan pada 09 Mei 2018.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, simpanan dan aliran tunai (cash flow) Menteri Besar Negeri Sembilan Pemerbadanan (MBINS), Yayasan Negeri Sembilan, PKNNS dan Negeri Roadstone Sdn Bhd cukup baik.

“Yayasan Negeri Sembilan kalau dulu bayar gaji pun susah.

“Hari ini Yayasan Negeri Sembilan ada simpanan RM16 juta.

“Kalau dulu kedai-kedai milik PKNNS kosong dan tak ada orang nak sewa. Kita jual (kedai tersebut) dan beli kedai baharu di kawasan yang lebih strategik dengan harga yang lebih munasabah.

“Kita betulkan (pengurusan dan urus tadbir) GLC Negeri Sembilan dan inilah hasilnya kewangan GLC lebih kukuh,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Seminar Negeri Sembilan Bersih, Muafakat dan Sejahtera di D’Tempat Country Club, Sendayan.

Show More

Related Articles

Back to top button