Berita

Pusat Pakar Pergigian Pertama Negara dibuka di Seremban

SEREMBAN: Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan di Jalan Rasah, Seremban merupakan Pusat Pakar Pergigian Pertama di Malaysia yang telah siap dibina dengan kos RM32 juta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan merupakan fasiliti pertama di negara ini yang menawarkan perkhidmatan kepakaran pergigian di luar hospital.

“Pusat ini akan berfungsi sebagai pusat sehenti bagi perkhidmatan kepakaran pergigian di Zon Tengah yang meliputi Negeri Sembilan, Putrajaya dan Melaka.

“Projek ini telah dimulakan pada 30 Mac 2021 yang dibina di tapak seluas 0.8 hektar bersebelahan Klinik Kesihatan Seremban, telah siap sepenuhnya pada 15 April 2025.

“Pusat Pakar Pergigian ini mempunyai 18 unit kerusi pergigian dan akan mula beroperasi pada bulan September 2025 dan turut.

“Pusat ini menyediakan perkhidmatan pakar ortodontik, periodontik, pembedahan restorative dan kesihatan pergigian awal di samping diagnostik dan pengimejan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, tempoh menunggu pesakit dan sela waktu temu janji kini dapat dikurangkan dengan ketara di pusat pakar pergigian ini dari dua bulan kepada hanya dua atau tiga minggu.

“Pusat Pakar Pergigian ini berupaya menampung jumlah pesakit yang lebih tinggi sehingga 150 orang sehari, berbanding 80 orang sebelum ini di bangunan lama.

“Pusat ini turut dilengkapi dengan sebuah makmal kemahiran, satu kemudahan unik yang belum pernah disediakan oleh fasiliti pergigian lain sebelum ini.

“Rakyat dapat menerima rawatan pergigian lebih baik, memandangkan kos rawatan di klinik swasta yang semakin tinggi,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button