Berita

Industri aeroangkasa tingkat taraf hidup rakyat Negeri Sembilan

SEREMBAN: Perbadanan NS (NS Corp) telah mengadakan satu perjumpaan dengan Perwakilan Turkish Aerospace Industries (TAI), Mohd Shaharum Shah Mohamed Shaharin.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr. Mohamad Rafie Ab Malek berkata, pertemuan tersebut bertujuan membincangkan usaha membangunkan industri aeroangkasa di Negeri Sembilan.

“Perbincangan adalah berkait untuk kemungkinan TAI melabur dalam industri pemasangan helikopter di Negeri Sembilan.

“Usaha untuk membawa industri berteknologi tinggi bakal menyumbang kepada peningkatan taraf hidup rakyat di Negeri Sembilan,” ujar Mohamad Rafie.

Turut serta dalam mesyuarat ini adalah Ketua National Aerospace Industry Coordinating Office(NAICO), Tan Sri Shamsul Kamar Abu Samah; Pengarah MIDA Negeri Sembilan, Encik Azizul Hakim Abu Haniffa, dan Timbalan Pengarah UPEN Negeri Sembilan, Encik Pardon Munawar.

Show More

Related Articles

Back to top button