Berita

Rafie sumbang I-Board kepada SMK Seri Ampangan

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek menyampaikan sumbangan dua unit sistem I-Board kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampangan.

“Sistem I-Board adalah alat bantu mengajar menggunakan kaedah pancar layar yang interaktif yang boleh dihubungi menggunakan wifi untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

“Walaupun sekolah dan pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Persekutuan, namun Kerajaan Negeri Sembilan amat prihatin dan akan bersama semua pihak untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini, khususnya di Negeri Sembilan,” ujar Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie yang juga Exco Pendidikan Negeri Sembilan menyerahkan I-Board kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Ampangan, Encik Mohd Noor A Wahab.

Show More

Related Articles

Back to top button